Sunday, October 23, 2011

Terima kasih Sahabatku Ida..

Sabtu lepas untuk pertama kalinya kawan Kak Nor datang ke spa. Tujuan asal hanya untuk melihat2..yelah macam mana agaknya perkhidmatan yang kami berikan. Selepas diberi penerangan & kebetulan beliau mengalami gatal2 di hidung & telinga, maka kami syorkan beliau membuat rawatan resdung. Kami offer pakej biasa yg meliputi facial, face candling & ear candling. Beliau terkejut kerana rawatan resdung kami tidak berasap malah tidak memedihkan mata serta hidung!
Sabtu minggu ini beliau datang lagi. Beliau sengaja mengambil cuti & seawal 9.00pagi telah muncul di hadapan spa kami bersama anak2. Berhajat mendapatkan rawatan resdung untuk anak gadisnya & beliau sendiri, selain melakukan sauna herba serta body scrub. Alhamdulillah, spa Kak Nor telah mendapat kepercayaan beliau. Berjanji untuk datang lagi & yang pasti akan membawa adik beradik serta rakan2 ke sini..
Terima Ya Allah..

No comments:

Post a Comment