Monday, November 28, 2011

Produk

Di Embun Spa, kami juga menyediakan kemudahan membeli utk sahabat semua. Antara produk yg cukup digemari :-
magic lift dan
magic lip 



ronasutra



dan sudah tentu Jerselin Oil..

Anda Sihat Anda Ceria

Salam sahabat,
Hari ini Spa kami bercuti sempena 1 Muharram 1433 dan esok kami beroperasi seperti biasa seawal 9.00 pagi. Hubungi kami untuk tempahan samada facial atau sauna mahupun mandi juga urutan tradisional. Relaxkan minda dan  Bebaskan diri anda dari tekanan kerja. Ingatlah sahabat, sayangi diri anda dahulu barulah sayangi insan lain. Anda Sihat Anda Ceria, Anda Sakit Anda Derita...

Sunday, November 27, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433

Selamat menyambut Tahun Baru kepada semua umat Islam, semoga penghijrahan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita semua..

Wednesday, November 9, 2011

We are back..

Hi..we are back to business! Do call us for appointment ya..  :)

Tuesday, November 1, 2011

Hari Raya Aidil Adha

Embun Spa ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut pada hari Ahad 6-11-2011. Juga selamat menjalani ibadah qurban kepada yang berhajat. Semoga mendapat keberkatanNYA..insyaallah.
Utk makluman, kami akan bercuti selama 2 hari (Ahad & Isnin) dan akan beroperasi seperti biasa pada hari Selasa 8-11-2011. Sila hubungi kami utk tempahan ya..

Thursday, October 27, 2011

Terima Kasih

Promosi Deepavali dengan diskaun 15% mencapai sasaran. Ramai customer datang utk mendapatkan rawatan muka, buat mandian juga sauna..sehingga kami tak menang tangan! Namun kami tetap memberikan servis yang terbaik..
Alhamdullilah, terima kasih Ya Allah. Semoga rezeki yang diberikan ini berterusan setiap hari.
Untuk makluman teman2 sekalian, nantikan KAD AHLI yang bakal menyusul. Banyak kelebihan menjadi ahli dan yang pasti teman2 akan berpuashati dengan tawaran yg diberikan.

Monday, October 24, 2011

PROMOSI HARI DEEPAVALI - 26-10-2011

Kawan2..
Embun Spa menawarkan diskaun sehingga 15% untuk setiap rawatan hanya pada Hari Deepavali seawal jam 9.00am - 8.00pm.  Segeralah buat temujanji anda dengan hubungi kami di talian 017-766 1566.

Sunday, October 23, 2011

Terima kasih Sahabatku Ida..

Sabtu lepas untuk pertama kalinya kawan Kak Nor datang ke spa. Tujuan asal hanya untuk melihat2..yelah macam mana agaknya perkhidmatan yang kami berikan. Selepas diberi penerangan & kebetulan beliau mengalami gatal2 di hidung & telinga, maka kami syorkan beliau membuat rawatan resdung. Kami offer pakej biasa yg meliputi facial, face candling & ear candling. Beliau terkejut kerana rawatan resdung kami tidak berasap malah tidak memedihkan mata serta hidung!
Sabtu minggu ini beliau datang lagi. Beliau sengaja mengambil cuti & seawal 9.00pagi telah muncul di hadapan spa kami bersama anak2. Berhajat mendapatkan rawatan resdung untuk anak gadisnya & beliau sendiri, selain melakukan sauna herba serta body scrub. Alhamdulillah, spa Kak Nor telah mendapat kepercayaan beliau. Berjanji untuk datang lagi & yang pasti akan membawa adik beradik serta rakan2 ke sini..
Terima Ya Allah..

Saturday, October 15, 2011

Variasi Rawatan Wajah

Normal Facial adalah untuk pembersihan kulit yg tidak banyak masalah. Facial jenis ini menggunakan pencuci lembut, stim, masker, sedutan pada kulit, pelembap dan akhir sekali sunblock (UV protection).
Proses mencuci seperti ini baik utk meningkatkan perjalanan darah pada kulit muka, membuang kotoran dan menjauhkan kelenjar sebum yg tersumbat. Ini menjadikan kulit bebas dari ancaman white head, black head & jerawat.
Lakukan normal facial ini sebaiknya sekali dalam sebulan. Mulakan hari anda dengan kulit yang bersih lagi cantik.

Friday, October 14, 2011

Sekapur Sireh

YA ALLAH
Tambahkan bagiku rezeki yang banyak lagi halal
iman yang benar
ilmu yang manafaat
kesihatan yang elok
kecerdikan yang tinggi
hati yang bersih
dan
kejayaan yang besar
amin..